Petang itu niat untuk men"cuci mata" aku batalkan serta-merta apabila terpandang Ladiana. Halijah yang berjalan seiring dengan Ladiana cuma menunjukkan tanda bagus. Aku pun tak pasti jika tanda bagus itu menandakan aku punya peluang untuk memikat Ladiana, atau ejekan kerana Ladiana bermasam muka apabila terpandang wajahku.
"Sudahlah tu Rid. Nanti aku cuba cari punca dia bermasam muka dengan kau. Entah-entah kau ada buat sesuatu yang tak menyenangkan dia agaknya", ujar Madi memujukku.
"Eh, apa yang kau merepek ni Madi? Aku ok lah", aku cuba berselindung.
"Tak usahlah kau mengelak. Aku agak, kau ni dah angau dengan budak Ladiana tu agaknya. Betul tak tekaan aku ni?" Madi cuba mengorek isi hatiku lagi.
"Kau ni demam agaknya sebab panas sangat petang ni. Sebab itu kau merepek saja dari tadi. Sudahlah, mari kita balik", aku menukar topik demi mengelakkan soalan Madi yang bagaikan peluru bertalu-talu.
Aku terus berjalan menaiki tangga untuk pulang ke asrama tanpa mempedulikan Madi yang masih terpinga-pinga.
"Rid, kata nak cuci mata?"jerit Madi.
"Mata aku dah bersih. Kalau kau nak cuci mata lagi, tinggallah situ seorang diri. Aku nak balik, mandi", aku terus berjalan melangkah tangga 50 anak tangga menuju ke asrama.
Tak lama kemudian Madi pun menigkutiku dengan berlari tergesa-gesa.
.........................................................................................................................
Aku pun tak pasti sama ada aku meluat atau geram apabila terpandang sahaja muka Farid. Atau mungkin gembira.
Gembira? Gilakah aku untuk gembira melihat wajah lelaki yang tidak tahu menghargai usaha orang lain.
"Ladiana, dah petang ni. Jom kita pulang ke asrama. Dah dekat waktu makan malam ni. Kalau lambat, habis pula lauk nanti," Halijah mengajakku pulang setelah latihan tamat petang itu.
Dan yang pasti, aku makin tak mengerti perasaanku sekarang.


