Serentak dengan itu berderailah ketawa dari rakan-rakan kelasku. Tapi aku pun tak pasti sebabnya.
"Aik? Bila masa pula kita belajar penjajahan Jepun ni? Saya rasa kawan-kawan awak bentangkan tentang sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Tak ada pula mereka sebut tentang Jepun. Awak berangan ye? Berdiri di atas kerusi sekarang juga!"marah Cikgu Normah.
Serentak itu barulah aku tahu punca kawan-kawan menggelakkan aku. Madi pun satu, bukan nak back up kawan sendiri.
"Amran cuba awak pula rumuskan hasil pembentangan tadi," Cikgu Normah menyoal kepada Amran yang duduk di meja hadapanku.
"Saya tak fokuslah tadi cikgu," Amran menjawab selamba.
Sekali lagi ketawa berderai di dalam kelas 2 Hijau.
"Alamak, jatuhlah maruah aku macam ni. Takkanlah aku nak menari Hindustan depan orang ramai? Tambahan pula di hadapan Ladianaku. Ladianaku? Sejak bila pula dia menjadi milikku?"
"Apalah nak jadi dengan awak berdua ni. Tak beri perhatian dalam kelas. Awak tak risaukan peperiksaan PMR tahun depan?" kata Cikgu Normah seakan kecewa denganku dan Amran.
Macam mana saya nak fokus? Orang yang bentang cantik sangat. getusku dalam hati.
"Cikgu, denda mereka menari dan menyanyi lagu Hindustan. Mereka berdua selalu menyanyi waktu prep malam," seseorang dalam kelas berkata tetapi aku tidak tahu puncanya kerana aku leka melihat keindahan ciptaan Tuhan yang masih berdiri di hadapan kelas.
Alamak, jatuhlah maruah aku macam ni. Takkanlah aku nak menari Hindustan depan orang ramai? Tambahan pula di hadapan Ladianaku. Ladianaku? Sejak bila pula dia menjadi milikku? Dia pun belum tentu mengenaliku.
Aku bertamabah tidak keruan apabila Amran sudah pun berada di hadapan kelas sambil memanggilku untuk mula menyanyi.
Aku melangkah lambat-lambat sambil memandang orang di sekeliling. Mereka semua sedang gelak dan senyum sinis kepadaku dan Amran. Tapi Ladiana cuma duduk dengan sopan dan menundukkan kepala waktu aku berjalan melepasi tempat duduknya.
Aku jadi makin tertarik dengan gadis itu. Ah, takkanlah aku dah jatuh cinta? Aku baru 14 tahun. Masih muda untuk bercinta. Tapi kan cinta tak mengenal usia. Hehehehe. Aku senyum seorang diri.
"Apa lagi yang awak sengih-sengih tu, Farid? Cepat menyany," Cikgu Normah marah lagi.
Aku terkejut dari angan pendekku lagi. Amran di sebelahku sudah pun mula menyanyi lagu Dilwale Dulhania Lejayangge dari filem lakonan Shah Rukh Khan.
Aku pula?
BERSAMBUNG...