Monday, April 19, 2010

Senja Kasihku Bahagian 1


Tahun ini adalah tahun kedua aku sebagai palajar di sekolah sains ini. Keputusan peperiksaan akhir tahun lepas sungguh merobek hatiku. Aku gagal menepatkan diri di dalam kelas yang pertama tahun ini. Tak mengapalah, aku akan berusaha tahun ini supaya dapat masuk ke kelas itu tahun depan.
Baru minggu pertama, cikgu sejarah mengarahkan kami membuat pembentangan. Kerana letih, aku cuma membuat tak endah sewaktu satu kumpulan pelajar perempuan membentangkan tajuk mereka. Entah apa yang mereka ceritakan, sedikit pun tidak lekat di kepalaku.
"Sekarang, saya mempersilakan sahabat saya, Nur Ladiana untuk meneruskan pembentangan".
Nur Ariana? Itulah kali pertama aku mendengar satu nama yang pelik tapi indah. Tapi bagaimana pula orangnya? Aku mendongakkan kepala untuk melihat.
Tak dapat aku bayangkan rasa hatiku saat itu. Wajah ayu dengan suara yang lembut itu benar-benar mengusik hatiku. Kali ini walaupun aku melihat si pembentang, tapi aku bagai kosong kerana asyik melihat si manis bernama Nur Ladiana ini.

"Nur Ladiana? Itulah kali pertama aku mendengar satu nama yang pelik tapi indah. Tapi bagaimana pula orangnya?"

"Cantiknya", bisikku perlahan.
"Apa kau cakap Rid? Apa yang cantik?" tegur Ismadi, kawan rapatku sejak tingkatan satu.
"Kau asyik tengok budak tu ke?" soal Madi.
"Eh, taklah. Aku cakap, poster mereka yang cantik", aku cuba menyembunyikan.
"Kalau macam tu, tak mengapalah. Aku ingatkan kau tengok Ana yang cantik", kata Madi lagi.
"Kau kenal dia ke Madi?"aku bertanay selamba, cuba menyembunyikan rasa kagumku terhadap gadis itu.
"Kenal sangat. Tahun lepas aku sekelas dengan dia. Nama dia Nur Ladiana, tapi panggil Ana je", ujar Madi selamba.
Ana. Cantik panggilan itu. Ana kalau dalam Bahasa Arab bermaksud saya. Aku berangan seorang diri. Memikirkan nama dan tuannya yang sama indah.
"Farid, apa yang awak faham dari pembentangan tadi?"sergahan Cikgu Normah membangkitkan aku dari lamunan atau lebih tepat angan kosong.

BERSAMBUNG.......